menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

BYD Rasmi Kilang Pertama Asia Tenggara di Thailand, Kapasiti Pengeluaran Cecah 150,000 Unit!

Global
Sofea Najmi | 05-07-2024 10:20 AM



BYD telah melancarkan pembukaan kilang pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara (ASEAN) yang terletak di Thailand. Kilang yang bertempat di kawasan perindustrian terkenal Rayong ini mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 unit kenderaan.


Baca: EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas


Fokus Terhadap Kenderaan Elektrik




Jenama yang mendominasi pasaran domestik China ini akan menumpukan usaha pengeluaran di peringkat awal terhadap kenderaan elektrik (EV) sebelum ditambah dengan model hibrid plug-in (PHEV) pada masa akan datang. 


Pelaburan Besar




Semasa majlis pembukaan kilang tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif BYD, Wang Chuanfu berkata, "Kilang BYD di Thailand yang dibangunkan dengan kos AS$490 juta akan digunakan untuk empat proses utama pengeluaran kenderaan dan alat ganti, serta dijangka akan menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan," kata Wang.


Fasiliti baharu ini merupakan sebahagian daripada pelaburan besar daripada jenama-jenama EV China di Thailand dengan jumlah keseluruhan melebihi AS$1.44 bilion. Kehadiran pelabur-pelabur daripada negara China ini didorong oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai negara Thailand. 


Kerajaan Thailand bercita-cita untuk menjadikan 30% daripada pengeluaran kenderaan tahunan negara, kira-kira 2.5 juta unit sebagai EV menjelang 2030, selaras dengan strategi nasional untuk beralih ke arah EV.


Perkembangan Jenama BYD di Pasaran Global


BYD agresif memperluaskan pengaruhnya dalam lanskap pasaran yang sangat kompetitif. Syarikat ini mengumumkan rancangannya untuk menubuhkan kilang yang kedua di Eropah bulan lalu. 


Sumber: FMTEnglish Alarabiya


Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
534 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
527 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
506 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
444 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
402 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
415 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
384 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1126 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VNC4366
SELANGOR
BRY2148
JOHOR
JXJ5897
PULAU PINANG
PRJ7315
PERAK
ANP9546
PAHANG
CEY6042
KEDAH
KFW2827
NEGERI SEMBILAN
NED1433
KOTA KINABALU
SJG4317
KUCHING
QAB543K
Last Updated 05-10-2024 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 2.05
 
RON 97
RM 3.19
 
RON 100
RM 4.50
 
VPR
RM 5.50
 
Diesel
EURO 2M
RM 2.95
 
EURO 5
RM 3.15
 
Last Updated Oct 3, 2024
playstore logo playstore logo playstore logo