menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

MINI Cooper JCW E Didedahkan, Kemunculan Rasmi Tidak Lama Lagi

EV
Sofea Najmi | 05-07-2024 10:45 AM



MINI John Cooper Works E 


MINI telah mengesahkan kehadiran model elektrik pertama di bawah nama John Cooper Works (JCW), iaitu MINI Cooper JCW E. Menjelang pelancaran rasminya di Festival Kelajuan Goodwood, MINI telah mendedahkan beberapa imej teaser dan maklumat mengenai model EV hot hatch ini.


Baca: [PANDU UJI] Ini 8 Perkara Menarik Tentang MINI Electric Resolute Edition


Trenkuasa & Prestasi


MINI Cooper JCW E yang masih diselubungi pelekat samaran ini akan membuat penampilan pertamanya semasa cabaran pendakian bukit di Goodwood, England. 




Melalui acara ini, MINI memberikan petunjuk bahawa JCW E akan memiliki trenkuasa elektrik yang canggih dan mampu menghasilkan kuasa yang lebih tinggi daripada MINI Cooper SE. Sebagai perbandingan, MINI Cooper SE yang menggunakan motor 215 hp mampu melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam 6.7 saat, manakala MINI Cooper JCW versi petrol pula mengambil masa sepantas 6.1 saat.


Menurut Ketua Pengeluaran MINI, Dr. Stefan Floeck, MINI Cooper JCW E akan direka khas untuk memberikan prestasi yang setanding dengan versi enjin pembakaran dalamannya. 




JCW E akan menggunakan susunan sistem motor elektrik pacuan roda hadapan (FWD) yang sama, dengan pusat graviti yang lebih rendah kerana baterinya diletakkan di bahagian bawah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan dinamik pemanduan dan memberikan keseimbangan berat depan-belakang 50/50 yang hampir sempurna.




Untuk mengimbangi beban tambahan daripada pek bateri, JCW E akan dilengkapi dengan tayar yang memiliki diameter yang lebih besar berbanding model asasnya.


Pelancaran Global


MINI Cooper JCW E akan membuat penampilan awam pertamanya di  Goodwood Festival of Speed, diikuti dengan pelancaran global rasmi yang dijadualkan berlangsung pada musim luruh tahun ini. Kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai MINI Cooper JCW E sebaik sahaja EV ini diperkenalkan di acara tersebut.


Baca: MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K


Sumber: AutoCar




Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
534 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
527 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
506 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
444 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
402 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
415 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
384 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1126 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VNC4366
SELANGOR
BRY2148
JOHOR
JXJ5897
PULAU PINANG
PRJ7315
PERAK
ANP9546
PAHANG
CEY6042
KEDAH
KFW2827
NEGERI SEMBILAN
NED1433
KOTA KINABALU
SJG4317
KUCHING
QAB543K
Last Updated 05-10-2024 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 2.05
 
RON 97
RM 3.19
 
RON 100
RM 4.50
 
VPR
RM 5.50
 
Diesel
EURO 2M
RM 2.95
 
EURO 5
RM 3.15
 
Last Updated Oct 3, 2024
playstore logo playstore logo playstore logo