menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Berita Auto
Sofea Najmi | 05-07-2024 09:45 AM



Perhatian kepada peminat jenama kereta mewah, bermula hari ini iaitu 5 hingga 7 Julai 2024 ini, anda boleh menyaksikan kesemua model kereta di bawah jenama Mercedes-Benz yang ditawarkan di pasaran termasuk model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik (EV) dan hibrid plug-in (PHEV) sempena acara Mercedes-Benz World yang berlangsung di KL Base, Sungai Besi.


Pelancaran Model Mercedes-AMG Terbaru




Turut dipamerkan ialah tiga model Mercedes-AMG berprestasi tinggi baru dilancarkan iaitu Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition, Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+, dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC


Kenderaan Elektrik Menjadi Tumpuan Pameran


Mercedes-Benz turut mempamerkan barisan EV dan PHEV yang terdiri daripada model seperti model seperti EQA, EQB, EQC, EQE dan EQS di ruang pameran model EQ yang dilengkapi dengan pengecas terkini. 




CEO & Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, Amanda Zhang berkata, "Kejayaan kami sebagai jenama mewah didorong oleh usaha kami untuk membina kereta yang paling diidamkan di dunia. Mercedes-Benz World diadakan bagi meraikan usaha ini. EV terkemuka kami dan penyelesaian moden menyerlahkan pengaruh besar kami dalam peralihan mobiliti.”


Model yang Dipamerkan





Pameran ini menampilkan 30 model termasuk:


- Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC

- Mercedes-Benz GLB 250 4MATIC

- Mercedes-Benz C 350 e

- Mercedes-AMG A 35 4MATIC

- Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC

- Mercedes-AMG C 43 4MATIC

- Mercedes-Benz EQE 350+

- Mercedes-Benz EQE 350+ SUV


Turut dipamerkan adalah sebuah model klasik yang ikonik, kereta pertama di dunia yang diperkenalkan pada tahun 1886.


Aktiviti Menarik 




Acara besar-besaran yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 6 petang ini dibuka kepada orang ramai. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan termasuk sesi pandu uji dan cabaran memandu. 


“Mercedes-Benz World adalah bukti komitmen kami untuk memenuhi keinginan dan permintaan pelanggan dalam industri automotif. Kami menawarkan pelanggan fleksibiliti dan pilihan yang pelbagai untuk memilih model Mercedes yang terbaik, bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” tambah Amanda. 

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
534 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
527 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
506 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
444 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
402 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
415 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
384 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1126 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VNC4366
SELANGOR
BRY2148
JOHOR
JXJ5897
PULAU PINANG
PRJ7315
PERAK
ANP9546
PAHANG
CEY6042
KEDAH
KFW2827
NEGERI SEMBILAN
NED1433
KOTA KINABALU
SJG4317
KUCHING
QAB543K
Last Updated 05-10-2024 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 2.05
 
RON 97
RM 3.19
 
RON 100
RM 4.50
 
VPR
RM 5.50
 
Diesel
EURO 2M
RM 2.95
 
EURO 5
RM 3.15
 
Last Updated Oct 3, 2024
playstore logo playstore logo playstore logo