menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Peluang Rebut Proton S70 Sempena Kempen Jualan Akhir Tahun

Berita Auto
Suhana Veru | 05-10-2024 04:15 PM


PROTON melancarkan Kempen PROTON Vaganza Akhir Tahun sehingga 31 Disember ini bagi menghargai sokongan dan kepercayaan para pelanggannya.

Selain kempen itu, Proton turut mengadakan Kempen Pandu Uji dan rebat istimewa dimana anda sebenarnya berpeluang  memenangi hadiah berupa Proton S70.


Yang pertama, Proton menawarkan rebat tunai sehingga RM500 untuk pembelian Proton Saga, Persona dan Iriz manakala rebat tunai sehinggga RM3,000 ditambah aksesori bernilai RM3,130 untuk Proton S70.


Bagi X90 pula, Proton menawarkan rebat tunai sehingga RM3,000 dan  servis percuma selama 2 tahun. Tidak ketinggalan buat Proton X50 dan Proton X70, Proton menawarkan rebat sehingga RM7,000.

Berikut adalah perinciannya:


Untuk pelanggan  yang melakukan pandu uji model Proton dan menyertai kempen ini pula berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500.

Malah, bagi mereka yang melakukan sesi pandu uji ini dan mendapat 'likes' terbanyak untuk hantaran media sosial mereka mengenai uji pandu akan memenangi hadiah wang tunai tambahan sehingga RM1,500.


Sementara itu, bagi mereka yang membuat tempahan dan mendaftar sebuah kenderaan Proton baharu pada bulan tersebut juga layak menyertai cabutan bertuah bulanan dimana ia menawarkan hadiah utama sebuah Proton S70.

“Menjelang akhir tahun, PROTON ingin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pelanggan kami dalam memastikan kejayaan berterusan PROTON. 

"Kami  mengucapkan terima kasih melalui pelaksanaan kempen PROTON Vaganza ini dengan rebat istimewa untuk semua model PROTON dan sebuah Proton S70 sebagai ganjaran yang akan diberikan setiap bulan," Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Proton di https://www.proton.com/.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
534 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
527 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
506 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
444 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
402 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
415 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
384 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1126 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VNC4366
SELANGOR
BRY2148
JOHOR
JXJ5897
PULAU PINANG
PRJ7315
PERAK
ANP9546
PAHANG
CEY6042
KEDAH
KFW2827
NEGERI SEMBILAN
NED1433
KOTA KINABALU
SJG4317
KUCHING
QAB543K
Last Updated 05-10-2024 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 2.05
 
RON 97
RM 3.19
 
RON 100
RM 4.50
 
VPR
RM 5.50
 
Diesel
EURO 2M
RM 2.95
 
EURO 5
RM 3.15
 
Last Updated Oct 3, 2024
playstore logo playstore logo playstore logo