Suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, yang dipandu lelaki mabuk di simpang empat berlampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang, awal pagi semalam.
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal Honda Vario dirempuh oleh Perodua Alza. Alza itu dipandu oleh suspek yang berusia 34 tahun, Dia dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan perkara itu.
"Akibat pelanggaran, penunggang iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng iaitu wanita berusia 35 tahun cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Ujian air kencing juga dilakukan, namun pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah. Siasatan masih lagi diteruskan," katanya.
Pasangan suami isteri tu meninggalkan lima anak berusia 17, 15, 14, 12 dan tiga tahun.