menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Tempahan EV Zeekr X & Zeekr 009 Kini Dibuka – Anggaran Dari RM180K & RM370K

Kereta Baru
Sofea Najmi | 04-10-2024 03:50 PM



Jenama kenderaan elektrik (EV) premium China, Zeekr, telah memulakan operasi secara rasmi di Malaysia. Bagi meraikan pencapaian ini, Zeekr Malaysia (Sentinel Automotive) telah membuka tempahan bagi dua model pertamanya untuk pasaran tempatan iaitu  SUV crossover Zeekr X dan  MPV Zeekr 009, masing-masing pada harga yang dianggarkan sekitar RM180,000 dan RM370,000.


SUV Crossover Premium: Zeekr X




Zeekr X akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship. Varian Premium menggunakan motor tunggal RWD yang menghasilkan 268 hp, manakala varian Flagship, mempunyai dua motor AWD dengan kuasa keseluruhan 422 hp. 


Varian RWD boleh mencapai 0-100 km/j dalam 5.6 saat, manakala varian AWD hanya 3.8 saat. Kedua-dua varian dibangunkan berdasarkan platform Geely SEA, sama seperti smart #1 dan Volvo EX30, dengan bateri 66 kWj yang menyokong pengecasan DC 150 kW, membolehkan pengecasan dari 10-80% dalam masa hanya 30 minit.




Lima pilihan warna luaran ditawarkan untuk Zeekr X iaitu Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green. Untuk kabin, hanya satu tema sama ditawarkan iaitu gabungan warna Charcoal Black dan Stone Grey.


MPV Elektrik Berkuasa Tinggi: Zeekr 009




MPV mewah Zeekr 009 hadir dalam dua varian iaitu Luxury 7 tempat duduk dan Ultra Luxury 6 tempat duduk. Susunan untuk varian 7 tempat duduk adalah 2-2-3, manakala 6 tempat duduk adalah 2-2-2. Kedua-dua varian diberikan tempat duduk eksklusif  Sofaro First Class Aeronautic di barisan kedua, yang dilengkapi dengan fungsi urutan, pengudaraan dan memori. 




Kedua-duanya mempunyai sistem AWD dengan kuasa 603 hp dan tork 693 Nm, menjadikannya MPV mewah paling berkuasa di Malaysia. Bateri 116 kWj memberi jarak sehingga 582 km (WLTP) apabila dicas penuh. Model ini boleh dicas dengan pengecas pantas DC 150 kW. 




Zeekr 009 sarat dengan pelbagai ciri canggih seperti skrin OLED 17 inci yang dipasang pada bahagian bumbung untuk penumpang belakang, skrin infotainmen sentuh 15.05 inci, panel instrumen digital 10.25 inci, serta papar pandu (HUD) realiti terimbuh (AR) 35.95 inci.


Tiga pilihan warna luaran ditawarkan untuk Zeekr 009 iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White Pearl. Bahagian kabin pula tampil mewah dengan balutan kulit Nappa dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Stone Grey & Polar White dan Midnight Blue & Polar White. 


Tempahan Kini Dibuka




Bagi yang berminat, tempahan untuk Zeekr X boleh dibuat di laman web rasmi Zeekr Malaysia dengan bayaran RM2,000, manakala tempahan Zeekr 009 memerlukan bayaran RM4,000. Walaupun harga indikatif telah diumumkan, tarikh pelancaran rasmi kedua-dua model masih belum ditetapkan.





Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
534 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
527 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
506 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
444 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
402 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
415 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
384 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1126 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VNC4366
SELANGOR
BRY2148
JOHOR
JXJ5897
PULAU PINANG
PRJ7315
PERAK
ANP9546
PAHANG
CEY6042
KEDAH
KFW2827
NEGERI SEMBILAN
NED1433
KOTA KINABALU
SJG4317
KUCHING
QAB543K
Last Updated 05-10-2024 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 2.05
 
RON 97
RM 3.19
 
RON 100
RM 4.50
 
VPR
RM 5.50
 
Diesel
EURO 2M
RM 2.95
 
EURO 5
RM 3.15
 
Last Updated Oct 3, 2024
playstore logo playstore logo playstore logo